SEJARAH SEKOLAH







Sejarah sekolah
 Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh telah diasaskan dalam tahun 1928 oleh Tuan Haji Tahir Bin Haji Md Akib iaitu Penghulu Mukim Ayer Puteh dengan nama terdahulunya Sekolah Melayu Ayer Puteh yang didirikan dengan bertiangkan batang-batang pinang berdindingkan buluh, beratapkan nipah dan lantai tidak bersimen. Luasnya ialah 60x30 kaki persegi dan beranjungkan 15x15 kaki persegi yang boleh menampung 124 orang murid dan 3 orang guru.  Bangunan ini dirasmikan  pembukaannya pada 26.04.1928 dan pada 18.05.1931 kerajaan membina sebuah bangunan yang luasnya 100x25 kaki persegi dan mula digunakan pada 05.10.1931
  Apabila  berlaku  perang dunia kedua pada  08.12.1941. Jepun telah menduduki tanah melayu. Sekolah ini juga menerima akibat buruk dari peperangan. Namun begitu ianya dapat diteruskan kepada masyarakat setempat sehingga british berkuasa semula. Dengan kerjasama ibubapa  dan penduduk di sekitar sebuah bangunan tambahan didirikan dalam tahun 1946 dengan keluasannya 60x24 kaki persegi dan digunakan pada tarikh 20.03.1947. Keadaan murid bertambah dan akhirnya sekali lagi dengan persetujuan penduduk dengan bantuan JPN Kedah telah mendirikan satu lagi bangunan yang luasnya 150x20 kaki persegi dan siap pada 14.11.1954 dikenali dengan bangunan C.
  Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31.08.1957 bangunan sekolah telah diperbaharui. Rancangan demi rancangan telah disusun. Akhirnya kementerian pendidikan telah mendirikan bangunan tambahan yang serba lengkap  dengan keluasannya 220x24 kaki persegi dan siap pada 13.11.1969 dan digunakan pada 31.10.1970 (bangunan A) dan akhirnya pada tahun 1984 satu bangunan lagi dengan keluasan 200x25 kaki persegi bagi menampung pertambahan pelajar dikenali sebagai bangunan B hingga sekarang.






No comments:

Post a Comment